PROSES MEMBENTUK MINI STUDIO FOTOGRAFI
📷PROSES MEMBENTUK MINI STUDIO FOTOGRAFI📷
👉Rahsia foto yang berkualiti tersembunyi dalam persediaan mini studio, lebih tepat dan sempurna persediaan dari segi peralatan serta pencahayaan kualiti yang tinggi👈
1.Kawasan hijau sebagai background
The Backdrop adalah perkara yang sangat diperlukan untuk studio video dan ia harus menarik perhatian dengan warna yang baik yang menambah kehidupan pada penembakan kita. Saya akan menggunakan kawasan hijau di belakang untuk dijadikan sebagai backdrop ataupun background.
2. Kamera DSLR
Kamera adalah salah satu peralatan penting untuk menubuhkan studio Video. Kamera DSLR adalah sempurna untuk mengambil foto dalam studio bagi menghasilkan foto yang jernih dan menarik. Flash dalam kamera ini membantu saya untuk mengambil foto dari segi kualiti cahaya objek yang menyerlah dan cantik serta menarik sekali seperti foto yang saya nak sebenarnya. Disebabkan saya tiada kamera DSLR, kawan saya secara sukarela kongsikan kameranya supaya saya dapat ambil foto yang memang jelas dan dengan pencahayaan tinggi.Saya amat berterima kasih kepada kawan saya yang memberi bantuan yang bernilai ini.
3. Penggunaan Tripod
Lepas itu, saya juga akan menggunakan tripod bagi menghasilkan suatu gambar yang begitu jelas dan cantik tanpa foto yang blur, foto pecah ataupun kualiti foto yang rendah. Sudah pasti, apabila menggunakan tripod kamera, saya dapat mengelakkan tangan saya goyang apabila ambil foto serta elakkan tangan saya jadi tergetar-getar untuk ambil foto. Hal ini sudah tentu akan jadikan foto saya nampak jelas, sharp dan juga menarik.
4.Sudut Pengambilan Gambar (Angle)
Posisi pengambilan juga sangat berpengaruh untuk mendapatkan informasi dari objek yang akan kita ambil foto. Dengan sudut yang tepat, tentu akan meningkatkan kualiti foto objek tersebut. Untuk mendapatkan suatu foto yang menarik dan terikat, saya juga ada merancang untuk letak meja (atas meja dihias dengan bunga dan juga buku-buku) dan gunakan kerusi supaya orang yang akan jadi model foto saya rasa lebih selesa untuk duduk dan bagi pose dan juga bergaya serta dapat menikmati puas hati daripada model foto tersebut.
0 comments:
Post a Comment