DIVIYAH MUTHUSAMY

DIVIYAH MUTHUSAMY
Unit: S5
Major: Bahasa Tamil (SJKT)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

FOTOGRAFI YANG UNIK

PENGENALAN FOTOGRAFI

SEJARAH FOTOGRAFI

AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI DAN CONTOH FOTO

 📷AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI DAN CONTOH FOTO📷 Daripada tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi oleh Encik.Zaki, saya dapat memahami, menget...

APERTURE DAN F-STOP & B-STOP

 

                          Apa Itu Aperture?

APA ITU APERTURE?
Secara ringkas dan mudah, Aperture adalah bukaan pada lensa yang memberikan cahaya untuk memasuki kamera. Ukuran aperture boleh dibesarkan atau dikecilkan untuk membolehkan cahaya lebih kurang mencapai sensor kamera. Aperture dapat menambahkan dimensi pada foto dengan mengawal kedalaman medan. Pada satu tahap yang tinggi, aperture memberi latar belakang kabur dengan kesan fokus subjek yang indah.

APERTURE.
Lebih besar ‘lubang’ itu dibuka, bermakna lebih besar aperture dan lebih banyak cahaya yang dapat memasuki kamera.
Lebih kecil ‘lubang' itu dibuka, bermakna lebih kecil aperture dan semakin kurang cahaya yang dapat memasuki kamera.

BAGAIMANA APERTURE DIKIRA?
Aperture pada lazimnya dilabelkan dengan panggilan dan format ‘f-stops’. Sebagai contoh, f/1.8, f/2.8, f/4, f/13 atau f/22 dan sebagainya.
Seperti dalam Shutter Speed, pergerakan satu f-stop ke hadapan (nombor f semakin mengecil) akan menggandakan (1 kali ganda) jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.
Manakala pergerakan satu f-stop ke belakang (nombor f semakin membesar) akan mengurangkan (separuh) jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.
Mudah kan?
Untuk gambaran yang lebih senang jom tengok rajah di bawah,


Kebanyakan orang keliru dengan no. aperture dan saiz bukaan lensa. Saiz bukaan lensa yang besar sebenarnya dilabelkan dengan no. ‘f-stop’ yang kecil.
Contoh mudah kita ambil, f/2 mempunyai bukaan lensa yang lebih besar berbanding f/5.6. Bunyi macam berbelit namun itulah hakikatnya, dan jangan terlalu risau, anda akan biasa dengan keadaan ini sekiranya anda kerap bermain dengan aperture

BERMAIN DENGAN DEPTH-OF FIELD (DOF)
Segelintir daripada peminat kamera amateur mungkin tertanya-tanya apa beza menggunakan f/2 dan f/5.6? Jawapannya, semua itu akan memberikan kesan kepada satu istilah yang dinamakan sebagai ‘Depth-Of-Field’ atau DOF.
Apa itu DOF? DOF ialah jumlah kawasan yang berada dalam keadaan ‘sharp focus’ atau fokus yang tajam dalam gambar yang anda ambil.
Jom lihat contoh mudah dibawah ini....

Aperture kecil (f/2.0), bukaan besar. 

Aperture besar (f/5.6), bukaan kecil.
 Kita boleh lihat yang nombor aperture yang lebih kecil (f/2.0) akan menghasilkan ‘greater isolation’ atau 'pengasingan yang lebih baik' untuk objek yang hendak difokus dengan latar belakang.
Berbanding dengan aperture f/5.6, latar belakang gambar kelihatan lebih jelas dan tampak berbanding sebelumnya kerana DOFnya lebih besar / luas berbanding DOF untuk f/2.0. Jadi mudah untuk ingatkan?

BILA HENDAK GUNA APERTURE BESAR DAN APERTURE KECIL
Dalam ilmu fotografi, lazimnya nombor aperture yang besar (DOF besar, bukaan lensa kecil) seperti f/11, f/16 ataupun f/22 digunakan untuk mereka yang sukakan fotografi lanskap atau apa jua fotografi yang memerlukan foto yang mempunyai butiran (details) yang jelas dan fokus yang tajam. Contoh, gambar permandangan bukit bukau dan lain-lain.


Manakala untuk nombor aperture yang lebih kecil (DOF kecil, bukaan lensa besar) seperti f/1.8, f/2.0 atau f/2.8 kerap digunakan untuk fotografi potret atau macro untuk menghasilkan ‘isolation’ yang bagus antara objek yang hendak difokus dengan latar belakang.
Contohnya seperti gambar ini. Gambar ini mengunakan aperture besar iaitu f2.8. Hasilnya mendapat bokeh yang kuat. Gambar duit begitu jelas dan gambar pengantin perempuan dibelakang menjadi kabur.



Besaran Aperture

Ukuran aperture pada kamera dan fotografi diberi kode berupa huruf “f” (besar atau kecil sama saja, tetapi seringnya huruf kecil) dan kemudian diikuti dengan angka. Angka yang diberikan tidak urut seperti 1,2,3 dan seterusnya tetapi merupakan bilangan desimal (memakai koma).

Contoh :

  • f/1.4
  • f/2.8
  • f/5.6
  • f/11
  • dan seterusnya

Berbeza dengan sebutan umum dimana angka 11 disebut “besar” dan angka 1.4 disebut “kecil”, dalam fotografi sebaliknya. Angka f/1.4 adalah bukaan “besar” dibandingkan dengan f/11.

Perhatikan gambar di bawah ini.

Mengenal aperture dalam fotografi (kamera) - anggota segitiga exposure III 3

Pada aperture f/1.4 maka “tirai” atau diafragma atau shutter akan terbuka hampir penuh dan membentuk lingkaran besar sempurna (besar). Sebaliknya, pada posisi f/11, ukuran lubang yang terbentuk mengecil.

Saat bukaan besar, volume cahaya yang masuk akan semakin besar pula dibandingkan dengan f/11.

Efek Aperture Besar atau Kecil

Bukaan besar sangat disukai para penggila “bokeh“. Dengan settingan aperture besar, maka lensa menjadi tidak terfokus dan hanya menghasilkan Depth of Field atau Dof (atau kedalaman bidang) yang “sempit”. Hasilnya adalah obyek menjadi tajam dan jelas, sedangkan latar belakang menjadi blur. Biasa dipergunakan pada fotografi portrait (potret) atau Macro.

Sebaliknya bukaan kecil atau aperture kecil, seperti f/11 atau f/16 atau f/22 adalah favorit para fotografer landscape. Sifatnya yang terfokus akan menghasilkan DoF yang luas. Dengan begitu semua area foto akan menjadi tajam.

Mengapa Foto di Pantai Biasanya enak dilihat


Aperture mempunyai beberapa kesan pada gambar. Pertama adalah kecerahan atau pendedahan gambar. Apabila aperture berubah dalam ukuran, ia akan mengubah jumlah cahaya yang mencapai sensor kamera Aperture besar (bukaan lebar) akan memasuki banyak cahaya untuk menghasilkan gambar yang lebih terang. Bukaan yang kecil akan menjadikan foto lebih gelap. Dalam persekitaran yang gelap seperti di dalam rumah atau pada waktu malam, kita perlu memilih aperture bukaan besar untuk menangkap cahaya sebanyak mungkin.


Aperture juga memberi kesan kepada Depth of Field (DOF). DOF adalah jumlah gambar yang kelihatan tajam dari depan ke belakang. Sebilangan gambar mempunyai DOF yang 'nipis atau 'cetek' dimana latar belakangnya tidak fokus sepenuhnya. Gambat yang mempunyai DOF 'besar' atau 'dalam' dimana latar depan dan latar belakangnya tajam.


Seperti dalam gambar di atas, burung itu fokus dan kelihatan tajam manakala latar belakangnya tidak fokus sepenuhnya. Gambar ini menggunakan aperture besar untuk mewujudkan kesan fokus yang cetek Dengan ini, ia dapat menarik perhatian kita terhadap subjek, bukannya latar belakang. Jika menggunakan aperture yang lebih kecil, subjek tidak dapat dipisahkan dari latar belakang dengan berkesan.

Dengan menggunakan aperture yang kecil akan mendapat kecil jumlah kabur latar belakang. Kaedah ini biasanya digunakan seperti landskap dan seni bina.



Foto di sebelah kiri hanya bunga yang kelihatan fokus dan tajam dengan latar depan dan latar belakang menjadi kabur manakala foto di sebelah kanan mempunyai segalanya dari depan hingga belakang yang kelihatan tajam.


F-Stop
Dalam aperture, ia mempuyai bukaan besar dan kecil. Namun, itu juga dapat dinyatakan sebagai angka yang dikenali sebagai 'f-number' atau 'f-stop' dengan hufuf 'f' muncul sebelum angka tersebut seperti f/8. F-stop adalah nisbah panjang lensa fokus kepada diameter cahaya masuk. Dengan kata lain, f-stop adalah nombor yang ditunjukkan pada kamera semasa menukar ukuran bukaan lensa. 




Aperture Besar vs Kecil
Bilangan kecil mewakili bukaan besar dan bilangan besar mewakili bukaan kecil. Contohnya, f/2.8 lebih besar daripada f/4 dan jauh lebih besar daripada f/11. 
Aperture mengikut julat bukaan 1-stop.
f/1 > f/1.4 > f/2 > f/2.8 > f/4 > f/5.6 > f/8 > f/11 > f/16 > f/22 > f/32

Bukaan aperture pada lensa.


Perbezaan gambar yang dihasilkan berdasarkan pelbagai f-stop.

Oleh itu, untuk menggunakan bukaan besar bagi jenis fotografi tertentu, f-stop yang sesuai adalah seperti f/1.4, f/2 atau f/2.8. Bagi bukaan besar, gunakan seperti f/8, f/11 atau f/16.



Cara Memilih Bukaan Yang Betul
Gambar rajah di bawah menunjukkan perbezaan kecerahan pada pelbagai nilai bukaan.


Jika berasa di persekitaran yang lebih gelap, perbezaa kecerahan adalah seperti di bawah dengan pelbagai nilai bukaan.


Bagi DOF, nilai aperture besar seperti f/2.8 akan menghasilkan sejumlah besar kabur latar belakang yang sesuai digunakan untuk memotret fokus cetek. Bagi nilai f/8, f/11 atau f/16 dapat menangkap dengan secara terperinci pada latar depan dan latar belakang yang sesuai digunakan untuk landskap, seni bina dan fotografi makro.

Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum
Kebanyakkan pakar fotografi mencadangkan bagi kebanyakkan lensa, aperture yang optimum adalah 2-stop dari bukaan aperture terluas. Contohnya, untuk lensa 50mm f/1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f/3.5 atau f/4. Untuk lensa 70-200mm f/2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f/5.6.

Cadangan penggunaan aperture berdasarkan jenis foto yang diambil.




B-stop
B-stop adalah pilihan kelajuan rana yang boleh dipilih dalam mod manual pada kamera. Ia membolehkan shutter speed menjadi panjang yang kita pilihkan seperti satu saat, satu minit, 17 minit atau apa-apa sahaja.

Kunci dengan B-stop adalah rana kamera tetap terbuka selama menekan butang pelepas rana. Had Bulb exposure bergantung pada kamera dengan masa kadang-kala 30 minit atau berapa lama kita inginkan atau sehingga bateri mati.

Ditangkap dengan ultra long shutter speed dengan masa 14 minit, 20 saat.
(NIKON Z7 + 24-70mm f/4 s @ 24mm, ISO 64, 860 seconds, f/4.0)

Mengakses B-Stop Dalam Kamera
1. Putar kamera ke Manual
2. Ubah kelajuan rana selagi boleh
3. Setelah tanda 30 saat, kamera akan menunjukkan huruf 'B' sebagai kecepatan rana

Cara Menggunakan Speed Shutter Bulb
Apabila B-stop diaktifkan dan kita hanya menekan pelepas rana seperti biasa, kita hanya akan menangkap pendedahan sepersekian saat. Hal ini keran B-stop memerlukan kita menekan butang pelepas rana kamera selama keseluruhan paparan. Jika kita menekan butang rana selama 45 saat, itu akan menjadi pendedahan. Namun, jika kita hanya menekan dan melepaskan butang rana seperti biasa, kita mungkin hanya mendapat pendedahan 1/2 saat atau kurang. Maka, tidak ada sebab untuk menggunakan B-stop jika hanya 30 saat ke bawah. Pengecualian utama adalah jika memotret bintang pada waktu malam dan ingin sangat tepat tentang kelajuan rana untuk mengelakkan jejak bintang.


Pengaturan Aperture Pada Kamera

Pada kamera digital masa kini, besar kecilnya aperture biasa diatur dengan cara berikut :

  1. Menggunakan mode auto dimana Aperture, seperti juga ISO dan Shutter Speed akan sepenuhnya diatur oleh kamera.
  2. Menggunakan mode Aperture Priority, dimana pemegang kamera bisa mengatur besar kecilnya bukaan sedangkan kamera akan menyesuaikan ISO dan Shutter Speed. Kode pada kamera beragam ada yang memberi kode Av (Canon) atau A (Fuji)
  3. Menggunakan mode Manual, dengan mode ini pemotret mengatur ketiga anggota segitiga exposure ISO, Shutter Speed dan Aperture

Itulah yang disebut dengan aperture dalam fotografi.

0 comments:

Post a Comment