DIVIYAH MUTHUSAMY

DIVIYAH MUTHUSAMY
Unit: S5
Major: Bahasa Tamil (SJKT)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

FOTOGRAFI YANG UNIK

PENGENALAN FOTOGRAFI

SEJARAH FOTOGRAFI

AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI DAN CONTOH FOTO

 📷AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI DAN CONTOH FOTO📷 Daripada tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi oleh Encik.Zaki, saya dapat memahami, menget...

SHUTTER SPEED

 

                     Apa itu Shutter Speed?

'Shutter' ialah satu 'tetingkap' atau 'blade' yang akan terbuka dan tertutup, yang membenarkan cahaya masuk ke dalam sensor.

'Shutter speed' pula ialah kelajuan 'blade' itu ditutup apabila sesuatu gambar diambil. Dengan ini, kamera boleh mengawal jumlah cahaya yang masuk dengan mengawal kelajuan shutter speed pada kamera. Sekiranya korang menggunakan shutter speed yang laju (fast shutter speed). Gambar korang akan jadi lebih 'sharp' tapi kalau korang menggunakan shutter speed yang perlahan (slow shutter speed) gambar korang akan kelihatan lebih blur.

Shutter speed dikira dalam unit saat seperti 1/500 saat, 1/10 saat, dan 20 saat.

Gambar dibawah menunjukkan bagaimana shutter pada kamera berfungsi (pergerakan slow motion).



Untuk mengambil gambar yang bergerak laju seperti, pergerakan sebuah kereta, shutter speed juga mestilah laju (contoh shutter speed 1/500 saat). Jika tidak, gambar akan menjadi kabur (blur). Untuk mengambil gambar pergerakan air seperti air terjun, mestilah menggunakan shutter speed yang slow untuk menghasilkan gambar yang cantik (contoh shutter speed 5 saat).

Untuk mengelakkan gambar menjadi blur, pemggunaan shutter speed mestilah tidak kurang daripada 1/60 saat. Sekiranya menggunakan shutter speed 1/60 dan kebawah (1/30, 1/10, 2, 5, ...), penggunaan tripod adalah diperlukan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada hasil gambar anda menjadi blur akibat pergerakan kamera yang tidak statik.




Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed minimum 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini jarang diaplikasi kerana sekarang kebanyakan kamera sudah ada teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) ataupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Shutter speed yang terdapat pada kamera, nilai speednya ialah 'double' (approximately) untuk setiap satu. Sebagai contoh pilihan shutter speed yang terdapat pada kamera ialah seperti 1/1000, 1/500, 1/250, 1/125, 1/60, 1/30, 1/15, 1/8 dan seterusnya. Nilai shutter speed sebelumnya lebih kurang dua kali ganda daripada selepasnya.Terdapat juga kamera yang mempunyai 'option' shutter speed 'BULB' atau 'B', iaitu kiraan masa shutter speed bermula dari kita menekan button sehigga melepaskannya (shutter release button). Shutter akan terus terbuka selagi kita tidak melepaskan button tersebut.

Kaitan shutter speed dengan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera:


Namun sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju atau perlahan, kita boleh menukar setting aperture untuk menghasilkan gambar yang baik. Sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju (contoh 1/1000 saat), aperture mestilah bukaan besar (contoh f/2), dan sekiranya ingin menggunakan shutter speed perlahan (contoh 1/15 saat), aperture mestilah bukaan kecil (contoh f/16). Ini untuk mengelakkan gambar menjadi over ataupun under. Rujuk gambar dibawah untuk lebih faham.




Contoh gambar penggunaan shutter speed dan gambar yang dihasilkan.


Kecepatan shutter diukur dalam satuan second (detik), semakin cepat shutter speed semakin cepat pula sensor menerima cahaya, dan sebaliknya.

Contoh :

Shutter speed 1/25s lebih lambat 5 kali dibanding 1/125s.

Pada DSLR, kecepatan shutter dilakukan secara mekanis dengan membuka tutup cermin dan jendela shutter yang terdapat di depan sensor, sementara mirrorless, kecepatan shutter dilakukan secara elektrik hingga bisa menghasilkan kecepatan shutter yang sangat tinggi, misalnya 1/8.000s hingga 1/16.000s.

Pengaruh Cepat Lambatnya Shutter Speed terhadap Gambar yang Dihasilkan

Kecepatan shutter akan berpengaruh pada gambar yang dihasilkan.

Gambar di bawah ini menggunakan shutter speed yang lambat (long exposure) sekitar 6 detik sehingga membuat gerakan air menjadi lembut.

Memahami Aperture, ISO dan Shutter Speed (Segitiga Exposure) Di Fotografi

Sementara foto berikut menggunakan shutter speed yang sangat cepat sehingga membuat air dan buah membeku.

Memahami Aperture, ISO dan Shutter Speed (Segitiga Exposure) Di Fotografi

Semakin lama shutter speed, semakin terang foto yang diperoleh kerana intensiti cahaya yang masuk ke sensor semakin banyak.

0 comments:

Post a Comment