AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI DAN CONTOH FOTO
📷AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI DAN CONTOH FOTO📷
Daripada tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi oleh Encik.Zaki, saya dapat memahami, mengetahui serta dapat belajar mendirikan mini studio yang sendiri di rumah. Studio ini dibina berdasarkan peralatan yang dikongsikan oleh beberapa kawan saya serta dengan peralatan yang sedia ada ikut kemampuan saya.
Pelan
Peralatan
- Kawasan background Hijau
- Meja dan kerusi yang cantik bagi tarikan keindahan foto yang menyerlah
- Tripod Stand
- Kamera DSLR
Konsep
Mengambil gambar potret yang pelbagai gaya dengan latar belakang hijau dalam pose duduk. Dengan itu, dua orang kawan ataupun lebih dikenali sebagai jiran sebelah rumah saya membantu saya untuk jadi sebagai model untuk berikan pose bagi foto yang saya ambil di mini studio saya. Mereka berasa sungguh gembira dan puas hati lalu berasa sangat selesa dan terikat dengan konsep mini studio saya yang begitu kagumkan mereka. Saya juga berasa gembira dan diberkati kerana dapat mengambil foto kawan/jiran saya yang menjadi model yang juga memberikan sepenuh komitmen dari segi persediaan dan juga perkongsian peralatan serta menjadi model foto dalam menyiapkan tugasan amali saya ini.
💓👇Berikut merupakan beberapa foto yang telah saya ambil menggunakan kamera DSLR tetapi mula-mula saya tak dapat ambil suatu foto yang jelas dan cantik kerana ada juga nampak bayang apabila ambil foto beberapa kali sampai dapat satu foto yang betul-betul menepati fotografi dalam studio. Foto yang saya ambil akhir sekali lah merupakan foto yang sangat jelas, cantik, terikat dan menyerlah serta kedua-dua model juga nampak bergaya cantik dan memberikan pose yang sungguh menakjubkan dalam posisi duduk. Namun, saya akan cuba lagi untuk ambil dengan kualiti pencahayaan yang tinggi lagi.😍😍